Friday, September 28, 2012
KHAMIS 27/09/2012
Ya Rabbi, Jadikan aku orang yang berjaya disisi mu dan berjaya dikalangan hamba-hambamu.Hari ni tercalit lagi satu sakit, sukar dimengertikan bila perasaan mula berbahagi. takut untuk memulakan semuanya, aku gagal jadi hamba yang baik suatu ketika dulu, dan sekarang aku cuba untuk berjinak dengan dengan agama, cuba patuh walaupun payah, memaksa dan melatih diri sujud kepada Allah, bukan tidak ikhlas, tapi merasakan paksaan itu salah satu cara untuk mendidik dan mengawal diri. lama-lama lali lah. syukur sekarang aku makin peka dengan masa. sering mengerling jam ditangan untuk pastikan aku tidak tertinggal. syukur walaupun belum selayaknya dipanggil solehah, aku akan terus memperbaiki hati, solat, amalanku. semoga lama-lama hati ini lembut untuk menerima sepenuhnya hidayahmu Ya Allah. Teringin rasanya untuk menjadi tetamu kerumah agung mu :'( bilalah dapat menapak di tanah haram itu. sempatkah aku?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment