Thursday, June 21, 2012
sedetik lebih
beri aku sedetik lebih, agar aku mampu untuk memperbetulkan segalanya, sedetik lebih sahaja agar aku dapat merasakan kasihnya. sedetik lebih untuk aku terus berada dalam hati dia. beri aku sedetik lebih agar aku bisa menetapkan hatiku untuk nya. rasa itu semakin tiada. aku risau. anda sedetik lebih sahaja rasa itu mungkin hilang terus dan takkan ada lagi. dalam masa sedetik mungkin aku boleh melupakan segalanya. sedetik sahaja aku berdoa agar aku berkesempatan melewati semuanya. sakit yang terasa mungkin sedetik akan hilang.
Wednesday, June 20, 2012
cinta
sedang dulu hati ini terlalu memerlukan cinta. terkejar-kejar hati ini walaupun madah disakiti. sakit keterlaluan sampai lali itu ada. lali itu mampu bertukar benci. sekarang wujud benci itu. perasaan sendiri tak terkawal. monolog sendiri membuatkan hati ini rawan.membiarkan segala cinta pergi adalah yang terbaik. kesal baru sedar diri ini mampu bercinta dan dicintai.mula membiarkan sendiri cinta itu datang tanpa perlu dikejar dan di cari. gembira begini. mampu tersenyum dan cukuplah. hati ini ingin bahagia. maaf sekiranya perubahan suhu hati membuatkan ada hati lain terluka. lebih mudah, hati ini memerlukan cinta. bukan menagih cinta. kerna sang hati penat menagih simpati. air yang mengalir dimata juga bukan apa. padahal sakit dalam hati tuhan sahaja memahami. merepek! cukup lah monolog diri. tugasan harus dibereskan. hati tertutup luka. bila luka itu pergi, maka minta dijauhkan sakit lagi.
Monday, June 11, 2012
Thursday, June 7, 2012
detik hati
sesungguhnye setiap perjalanan manusia telah tertulis dan ditentukan. terlalu banyak yang ingat aku ubah dalam perjalanan hidup aku. ingin merasa sesal pun terasa salah.mengidolakan seseorang yang terlalu jauh dari sudut hakam manusia.lebih dari itu kematangan muncul terlalu lewat, menentukan salah atau benar sudah semakin bijak. menundukkan kaum adam dengan cara yang salah. memutarkan kata-kata lebih dari putaran bilah. ingin aku menangisi segala prilaku harapan dapat ditukarkan dengan dosa-dosa silam ku. lewat? usia pramatang ini aku sudah bisa semakin bangun, menghadap realiti dunia semakin kejam. semakin aku dapat merasakan rasa itu semakin dekat denganku. aku meniti perubahan besar. cuba untuk menjadi zarah stabil agar molekul yang terhasil menjadi mampat maka tiada ruang kosong yang akan di isi dengan perisian negatif. cuba untuk menyahkan virus dalam hati mengunakan antivirus yang paling mantap. doa dihujung agar aku terus kuat. semoga cahaya itu ada.
Subscribe to:
Posts (Atom)