Friday, September 28, 2012

KHAMIS 27/09/2012

Ya Rabbi, Jadikan aku orang yang berjaya disisi mu dan berjaya dikalangan hamba-hambamu.Hari ni tercalit lagi satu sakit, sukar dimengertikan bila perasaan mula berbahagi. takut untuk memulakan semuanya, aku gagal jadi hamba yang baik suatu ketika dulu, dan sekarang aku cuba untuk berjinak dengan dengan agama, cuba patuh walaupun payah, memaksa dan melatih diri sujud kepada Allah, bukan tidak ikhlas, tapi merasakan paksaan itu salah satu cara untuk mendidik dan mengawal diri. lama-lama lali lah. syukur sekarang aku makin peka dengan masa. sering mengerling jam ditangan untuk pastikan aku tidak tertinggal. syukur walaupun belum selayaknya dipanggil solehah, aku akan terus memperbaiki hati, solat, amalanku. semoga lama-lama hati ini lembut untuk menerima sepenuhnya hidayahmu Ya Allah. Teringin rasanya untuk menjadi tetamu kerumah agung mu :'( bilalah dapat menapak di tanah haram itu. sempatkah aku?

Tuesday, September 25, 2012

RABU 26/09/2012

Tercatat sedikit galat, tercoret seribu sakit. cuba untuk terima hakikat, hidup tak sentiasa pelangi, mungkin keruh datang. cuba untuk mencari cahaya,. tapi tak jumpa. masih bersyukur bernyawa hingga kini. tapi menyedari hakikat, pasrah ajal maut bukan kerja aku. tak perlu fikir hanya berusaha sehabis daya. kenapa perlu semue ini terjadi dalam setik saat ini. terlalu singkat. malah setapak kehadapan pun tak sempat. kaku disitu mencari jawapan, merungkai persoalan yang sebegini rumit, mencari dan mencari semakin rumit. tak terdaya rasa badan menanggung semua ini. perlukan CPR mungkin juga tidak mencukupi. oksigen semakin rendah. nadi semkain lemah, seakan tiada sesaat, tapi berdegup kembali. terlayar wajah yang tidak jemu memberi nafas hari-hari untuk aku, aku cuba tegarkan badan, teguhkan iman. syukur semakin hari tua aku menjelang aku mungkin bukan aku yang dulu. ingin lebih sempurna. sempurna hati dan akal. agar tua kelak, penyesalan yang berbangkit terbayar. allhamdulillah, kerana diberi hidayah. pertunjuk mungkin belum jelas. tapi sedikit cahaya itu sudah sirna.


 

hanyamilikdia